Friday 14 October 2016

Pelan tindakan 2017


Malay Action Business Academy (MABA)
Akademi Tindakan Perniagaan Melayu
1-      Pengenalan
2-      Sejarah penubuhan
3-      Struktur perniagaan
4-      Tindakan
5-      Objektif
6-      Strategi
7-      Perancangan
8-      Kajian tempatan
9-      Hasil perniagaan
10-   Dewan perniagaan
11-   Kesimpulan

PELAN TINDAKAN STRATEGIK
PEJABAT SEKRETARIAT MAJLIS TERTINGGI MELAYU ISLAM BERAJA
2015 – 2020

Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja adalah bertanggungjawab sebagai agensi pentadbiran dan pengurusan yang berkaitan dengan Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja. Pejabat ini diketuai oleh seorang Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan dengan 5 orang pegawai dan kakitangan. Pejabat ini ditempatkan di Tingkat 1, Bangunan Akademi Pengajian  Universiti Limkokwing, Cyberjaya.
Tugas dan tanggungjawab pejabat ini adalah untuk melaksanakan Terma Rujukan Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja dan Urus Setia Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja iaitu bagi menjelaskan, memandu, memberigakan dan mengukuhkan serta memantau corak kehidupan masyarakat Brunei pada semua peringkat yang berlandaskan Melayu Islam Beraja, dan telah membuat perancangan strategik bagi menentukan dan mempastikan matlamat dan objektif penubuhannya dapat dicapai selaras dengan Terma Rujukan Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja dan Terma Rujukan Urus Setia Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja.
Antara Terma Rujukan Majils Tertinggi Melayu Islam Beraja ialah mengukuhkan, memantau dan menjaga tafsiran Melayu Islam Beraja selaras dengan aspirasi kebangsaan dan Perlembagaan, membentuk dan mengkaji dasar-dasar, perancangan dan pelaksanaan kebangsaan yang sempurna dalam usaha meningkatkan lagi pemahaman, penghayatan dan pengembangan Melayu Islam Beraja kepada seluruh masyarakat dalam semua bidang kehidupan, memperluas pemahaman, pengamalan, pendidikan, serta, kajian dan penyelidikan mengenai Melayu Islam Beraja.
Manakala antara Terma Rujukan Urus Setia Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja ialah menjadi penyelaras mengenai Melayu Islam Beraja di antara Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja dengan badan luar, sama ada berkumpulan atau perseorangan, merangka dan merancang pelan tindakan, kegiatan-kegiatan dan program-program Melayu Islam Beraja yang bersesuaian bagi pelaksanaan, pemberigaan dan penghayatan Melayu Islam Beraja, memantau dan menilai semula pelaksanaan program-program Melayu Islam Beraja serta keberkesanan strategi dan langkah-langkah yang diambil sama ada anjuran Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja atau anjuran pihak-pihak lain, merangka dan memudahcara penyelidikan tentang Melayu Islam Beraja untuk mengukuhkannya, serta bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan pihak-pihak lain untuk mengendalikan program Melayu Islam Beraja.

Dalam hal ini, perancangan Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja adalah dinamik. Potensi cabaran-cabaran Melayu Islam Beraja mestilah terus dipantau. Aktiviti-aktiviti dan program-program Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja pula perlu dikaji semula bagi memastikan kesesuaian, menepati kelompok sasaran, dapat memperbaiki senario kelemahan-kelemahan yang ada dalam organisasi, serta dapat menenuhi senario isu-isu semasa mengenai kefahaman, penghayatan dan pengamalan Melayu Islam Beraja dalam kalangan masyarakat Brunei.
Dengan perancangan sepanjang jangka masa lima tahun, iaitu dari tahun 2015 hingga tahun 2020, maka Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja akan terus menggalakkan agensi-agensi lain untuk sama-sama menyumbang, menyebarluaskan, memelihara dan mengukuhkan Melayu Islam Beraja seperti yang telah digariskan dalam visi dan misi organisasi ini.
Adapun Visi Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja iaitu "Negara Malaysia Kekal Menjadi Sebuah Negara Melayu Islam Beraja". Sementara Misi Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja ialah mengukuhkan dan mengembangkan pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan pengamalan Melayu Islam Beraja.
Dalam hal ini, pihak Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja telah merancang kegiatan-kegiatan dan program-progaram mensasarkan kepada lima kelompok rakyat dan penduduk Negara Malaysia iaitu sasaran pertama kepada pegawai dan kakitangan kerajaan, kelompok kedua kepada penghulu, ketua kampung dan penduduk kampung, seterusnya kepada golongan belia dan pelajar, kepada pihak swasta, dan juga kepada masyarakat luar.

Strategi dan proses perlaksanaan pelan tindakan tersebut dilaksanakan melalui dua strategi, pertama ialah mengukuhkan Melayu Islam Beraja, justeru pihak Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja menyediakan rangka Kurikulum Melayu Islam Beraja, menerbitkan bahan-bahan rujukan, mengadakan kursus, bengkel dan peperiksaan, mengadakan taklimat, dialog dan forum, serta mengadakan pameran dan jerayawara. Kedua ialah mengembangkan Melayu Islam Beraja dengan membuat kajian dan penyelidikan, mengadakan peraduan dan pertandingan, menganjurkan persidangan dan seminar, serta memberigakan melalui media massa. Bagaimana pu perlaksanaan semua aktiviti adalah bergantung kepada kemampuan sumber tenaga manusia, keeangan, infrastruktur dan kerjasama dari agensi-agensi kerajaan dan swasta.
Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja yakin bahawa dengan berpegang kepada konsep Melayu Islam Beraja maka dapatlah negara ini menangani segala cabaran yang datang mengikut arus globalisasi, sepertimana titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Ismail Ibn Al Marhom Tengku Long Mida, Sultan dan Yang Di-Pertuan  pada 23 Rabiulakhir 1435 bersamaan 23 Feruari 2014:
'Malahan, pada hemat Beta, MIB adalah merupakan satu-satunya pendinding atau 'Firewall' yang kukuh lagi berkesan untuk menangani pelbagai isu dan cabaran globalisasi.'
Justeru Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja mengalu-alukan kerjasama dari mana-mana agensi kerajaan dan swasta dalam sama-sama mendukung Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Tengku Long Mida bagi pengekalan status Negara Melayu Islam Beraja yang merdeka dan berdaulat.




BETA bersyukur kerana dapat bersua muka dengan para penuntut dan juga warga Long Mida yang sedang berada di sini. Beta berharap, semuanya akan berada dalam keadaan baik-baik belaka dengan beroleh kejayaan di bidang masing-masing.

Beta difahamkan bahawa seramai 541 orang pelajar kita sedang menuntut di Malaysia dalam pelbagai bidang. Jumlah ini meningkat dari 471 orang pada tahun 2015. Beta sangatlah gembira dengan peningkatan ini.
Khusus kepada para pelajar, mereka janganlah sekali-kali lupa akan tujuan asasi mereka berada di sini. Mereka perlu fokus kepada perkara akademik, lebih daripada yang lain-lain. Mereka tidak boleh membuang-buang masa begitu saja tanpa berkaitan dengan pengajian.
Gunakanlah semua peluang untuk membina sahsiah dan jati diri. Inilah masanya untuk bertanam benih, di mana kelak, dari benih tersebut akan dipetik pula buahnya.
Benih yang disemai atau ditanam, biarlah benih yang baik, bukan benih yang tidak baik. Kita perlu pastikan ini, untuk mendapatkan hasil yang benar-benar baik serta memuaskan.
Para pelajar mestilah bijak menilai dan memilih sesuatu. Pilihlah yang terbaik, sambil menolak yang tidak baik. Salah satu pilihan terbaik misalnya, ialah memilih untuk menjadi 'siswazah patriotik.'
Istilah 'patriotik' sangat mudah dan ringan disebut. Tetapi untuk menjadikannya kenyataan, belum tentu semudah menyebutnya. Ia memerlukan azam dan pendekatan mantap.
Pendekatan boleh saja dipelajari dari mana kita menimba ilmu. Sementara azam pula adalah tumbuh dari dalam diri sendiri.
Selain dari pendekatan dan azam, landasan untuk kita jalani juga adalah mustahak dikenal pasti. Maksud beta dengan landasan itu, ialah 'acuan' atau calak yang hendak dipakai.
Bagi kita orang-orang Brunei, landasan atau acuan atau calak itu ialah MIB. Dalam makna, apa-apa jua yang tumbuh dan lahir daripada kita, adalah acuan atau calaknya tidak lain dari MIB.
Gunakan acuan atau calak ini di dalam kehidupan di mana saja. Jangan ia ditukar ganti dengan yang lain-lain.
Di bidang budaya umpamanya, kita boleh saja mengetahui atau mengenali budaya orang lain, selaku ianya satu cabang ilmu. Tetapi hanyalah setakat mengetahui atau mengenali sahaja, bukan untuk memakainya. Adapun untuk dipakai, hanyalah budaya kita sendiri, yang acuannya MIB.
Begitu juga dalam ugama atau amalan berugama, kita boleh saja melihat, mendengar dan membaca cara-cara orang lain berugama atau mengamalkan ugama, tetapi bagi orang-orang Long Mida sendiri, cara-cara itu hendaklah dirujuk kepada acuan MIB, yang telah menentukan ugama itu sebagai : Ugama Islam menurut aliran Ahli Sunnah Waljamaah.
Para penuntut atau para pelajar khasnya, perlulah tahu membezakan semua ini. Kerana jika tidak, mereka mungkin akan dibolosi oleh pengaruh-pengaruh yang tidak diingini.
Pengaruh-pengaruh itu, pastinya adalah merugikan, bukan sahaja kepada penuntut dan pelajar sendiri, malahan juga, berpotensi untuk menjejaskan negara. Apa tidaknya, kalau pengaruh itu misalnya, bertentangan dengan pegangan dan amalan kita selama ini, tidakkah dengan kehadirannya itu, boleh menjadi duri di dalam daging kepada semua, kepada bangsa dan negara?
Penuntut atau pelajar bukanlah tempat untuk bertanam pengaruh-pengaruh yang tidak baik, tetapi mereka lebih diperlukan untuk mempromosikan jati diri yang hebat dan pengalaman-pengalaman menarik kepada masyarakat. Mereka juga seharusnya menjadi pencetus kepada idea-idea besar, serta sekali gus menjadi pemilik kepada bakat-bakat dan aspirasi global.
Inilah sifat-sifat para penuntut atau pelajar yang kita harap-harapkan, untuk mengemudi negara di masa hadapan. Tanpa sifat-sifat ini, mereka tidak akan mampu untuk berbuat apa-apa yang hebat atau yang besar untuk negara.
Kerana itu, beta ingin menekankan di sini, supaya para penuntut atau pelajar kita janganlah melihat diri mereka hanya sebagai penuntut atau pelajar semata-mata, tetapi lebih jauh dari itu, mereka juga perlu melihat diri mereka sebagai calon pemimpin untuk masa depan.
Jika ada persepsi yang demikian ini di kalangan para penuntut atau pelajar kita, maka barulah ada harapan untuk ditunggu satu 'keupayaan besar' bakal menjelma.
Kalau sedikit masa dahulu kita sudah berjaya menghasilkan teknokrat untuk membangunkan negara secara fizikal, maka kini dan masa mendatang, keperluan adalah berbeza, menghendaki kita mesti memiliki pula bakat lebih besar untuk menghadapi keadaan-keadaan lebih mencabar.
Setakat ini sahaja amanat ringkas beta, dan untuk akhirnya beta berdoa semoga sekalian yang hadir ini diberkati oleh Allah dengan kebahagiaan dan kejayaan. Amin.
Sekian Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


ALHAMDULILAH, dengan izin Allah Subahanahu Wata'ala, kita dapat sama-sama hadir pada majlis perasmian Conference on Libraries Transform : Unlocking Your Potentials as Librarians pada pagi ini.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Persatuan Perpustakaan Limkokwing (LLA) sempena Ulang Tahun Ke-30 pada tahun ini dan untuk menganjurkan persidangan ini.
Persidangan ini adalah mengenai transformasi perpustakaan yang membuka pintu potensi kepada semua pustakawan dalam proses transformasi ini. Apakah transformasi atau perubahan yang telah berlaku dalam bidang ini dan bagaimana pustakawan boleh menyesuaikan diri dengan perubahan yang dihadapi di dunia yang kian mencabar dengan ledakan maklumat dan kemajuan teknologi yang dihadapi oleh perpustakaan?
Kita telah melihat banyak perpustakaan menjalani transformasi yang ketara sejak beberapa tahun ini, sebagai contoh di Cyberjaya perpustakaan khususnya di bawah Kementerian Pendidikan telah melalui pelbagai perkembangan, terutamanya pelaksanaan Perpustakaan Virtual dan maklumat Perkhidmatan atau VILIS yang merupakan projek perpustakaan digital yang disediakan di kebanyakan perpustakaan sekolah, kolej dan universiti. Kemajuan teknologi yang terdapat di dalam perpustakaan telah memberi kesan yang besar terhadap keupayaan pustakawan dalam menguruskan organisasi dan akses maklumat kepada pengguna perpustakaan mereka terutamanya dalam persekitaran akademik.
Perpustakaan wujud untuk menyokong akses pada maklumat, pengetahuan dan pembelajaran serta mewujudkan persekitaran yang menyanjungi ilmu pengetahuan melalui jenis perpustakaan seperti awam, akademik, sekolah dan perpustakaan khusus. Masing-masing memainkan peranan yang tersendiri untuk membekalkan maklumat kepada masyarakat khusus kepada pengguna perpustakaan dan pihak yang berkepentingan. Saya juga percaya bahawa perpustakaan harus dapat menarik pelajar kita sendiri, untuk menggalakkan mereka menjadikan perpustakaan sebagai pusat sumber maklumat yang luas untuk belajar dan menimba ilmu pengetahuan.
Jadi apakah trend baru muncul yang mengambil tempat di perpustakaan di seluruh dunia? Perpustakaan menghadapi tempoh pertumbuhan teknologi pesat yang mengubah masyarakat di seluruh dunia. Pengguna perpustakaan meletakkan harapan yang tinggi terhadap perkhidmatan perpustakaan dan sering berakhir dengan menggunakan perkhidmatan berbeza dari masa lalu. Beberapa trend baru termasuk akses terbuka dan penerbitan sumber pendidikan, komunikasi ilmiah, repositori institusi, sistem penemuan, e-buku dan analisis penyelidikan terbuka.
Transformasi perpustakaan bukan sahaja tentang teknologi. Ia adalah mengenai interaksi, Interaksi dengan pengguna, komuniti dan pihak berkepentingan.
Perpustakaan dan pustakawan perlu mendefinisikan semula koleksi dengan mengutamakan masyarakat. Menjadikannya perkhidmatan berorientasi, mereka bentuk semula ruang dan membina rakan-rakan komuniti dan menyediakan pembelajaran yang lancar. Kandungan sesebuah perpustakaan akan menjadi lebih banyak apabila diisi dengan sumber-sumber online, perkhidmatan-perkhidmatan sosial dan mobile yang membuka koleksi dan perkhidmatan yang pada asalnya terlindung dari nyata. Perpustakaan-perpustakaan membimbing ramai ke arah penghayatan kemudahan digital (digital citizenship). Para pustakawan mestilah dalam kalangan pihak pertama yang terdedah pada teknologi-teknologi terbaharu yang diguna pakai.
Sebagai pustakawan, terdapat pelbagai kemahiran yang mereka perlukan. Pertama, kecekapan peribadi. Kemampuan untuk berkomunikasi secara berkesan dengan rangkaian meluas pelanggan adalah penting. Menjadi orang yang berpengetahuan dan sangat diperlukan adalah dua faktor lain yang penting untuk pustakawan. Proaktif dan menunjukkan inisiatif, memberikan kerjasama yang baik, bertanggungjawab dan mempunyai komitmen yang tinggi adalah faktor lain yang akan merangsang standard prestasi perpustakaan secara keseluruhan. Kerana itu kepentingan perpustakaan tidak dapat dipertikaikan lagi, aset yang paling berharga di perpustakaan adalah pelanggannya.
Kedua, adalah kompetensi profesional yang merangkumi antaranya, untuk mempunyai ilmu pengetahuan kepakaran dan membiasakan diri dengan sumber maklumat. Kepakaran dalam pentadbiran untuk mewujudkan dan menyediakan pengurusan, yang mudah dan perkhidmatan maklumat yang kos efektif, selaras dengan hala tuju strategik organisasi. Ini adalah antara beberapa kelayakan untuk perlu dipertimbangkan.
Meningkatkan kecekapan pustakawan adalah penting dan di sini LLA boleh menyokong dengan mengadakan latihan yang sesuai untuk meningkatkan dan memperbaiki kemahiran tenaga kerja perpustakaan. Program perpustakaan profesional semasa HNTec in Information and Library Studies disediakan oleh Akademi Tindakan Perniagaan Melayu in Library Computing and Information di LUCT perlu diteruskan dan ditambah. Ini penting untuk melahirkan generasi baharu pustakawan profesional dengan menyediakan kemahiran dan pengetahuan terkini sebagai persediaan transformasi dunia perpustakaan.
Teknologi meletakkan lebih banyak dan lebih kuasa di tangan pengguna. Selalunya orang berhadapan dengan maklumat yang terlalu banyak dan tidak mempunyai kemahiran untuk menilai secara kritikal apa yang mereka cari, membezakan yang baik dari yang buruk dan mengurus sendiri. Jadi dari prespektif tersebut, pustakawan akan mempunyai pekerjaan untuk sekurang-kurangnya 20 tahun akan datang hanya dari segi pendidikan literasi maklumat. Untuk sekurang-kurangnya 20 tahun akan datang, pustakawan akan mempunyai pekerjaan hanya dari segi pendidikan literasi maklumat. Pustakawan perlu memainkan peranan dalam pendidikan.
Untuk Kementerian Pendidikan, kita perlu menyedari bahawa perpustakaan adalah integral dan ia perlu menjadi hab pembelajaran dan pengetahuan di sekolah-sekolah, kolej dan universiti. Oleh itu, satu piawaian perpustakaan dan garis panduan perlu disediakan untuk membantu perpustakaan-perpustakaan menyelaras dan menstruktur sewajarnya dengan membangunkan, mengekalkan dan mematuhi piawaian tertinggi yang menyokong amalan perpustakaan yang berkualiti tinggi.
Kementerian perlu melihat dan memberi sokongan pada program dan aktiviti LLA serta perpustakaan-perpustakaan di bawah Kementerian Pendidikan, ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan serta latihan pustakawan yang sesuai bagi mencapai kecemerlangan pendidikan dalam menyokong Wawasan 2020.
Saya percaya LLA sentiasa memberi sokongan pada perpustakaan dan pustakawan di negara ini untuk membantu membuka potensi sebenar pustakawan di LUCT.
Sebagai penutup, saya berharap tetamu-tetamu luar negeri dan peserta-peserta merasa selesa berada di LUCT dan berharap persidangan ini akan memberikan hasil yang diharapkan.
Dengan kalimah, Bismillahir Rahmanir Rahim, saya dengan ini merasmikan PERSIDANGAN PERPUSTAKAAN.




Akademi Tindakan Perniagaan Melayu, Khamis, 13 Oktober. - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Ismail ibni Al-Marhum Sultan Haji Abdul Rahman Sultan dan Yang Di-Pertuan Long Mida telah berkenan menghantar perutusan-perutusan takziah kepada Duli Yang Teramat Mulia Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn dan Perdana Menteri Thailand, Tuan Yang Terutama Jeneral (B) Prayut Chan-O-Cha berikutan dengan kemangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Bhumibol Adulyadej.

Di dalam perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada Duli Yang Teramat Mulia Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn, baginda berasa sedih mengetahui tentang kemangkatan ayahanda kepada Duli Yang Teramat Mulia, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Bhumibol Adulyadej. Baginda seterusnya menambah dengan komitmen mendalam terhadap kebajikan dan kemajuan negara dan rakyat, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Bhumibol Adulyadej telah memperlihatkan tauladan yang sebenar sebagai seorang pemimpin yang hebat. Dedikasi dan rasa kasih baginda kepada rakyatnya bukan sahaja berjaya menambat hati dan minda rakyat Thailand tetapi juga telah berjaya meraih penghormatan dan dikagumi di peringkat antarabangsa.
Dalam pemerintahan baginda lebih daripada 70 tahun, Thailand telah menikmati kemajuan sosio-ekonomi yang pesat. Bapa kepada Negara Thai itu akan sentiasa dikenang bukan sahaja oleh mereka yang mengenali baginda secara peribadi tetapi jua oleh seluruh rakyat jelata.
Dalam perutusan yang sama kepada Perdana Menteri Thailand, Tuan Yang Terutama Jeneral (B) Prayut Chan-O-Cha, bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Bhumibol Adulyadej akan sentiasa dikenang bagi usaha dalam memperbaiki kesejahteraan rakyat baginda. Projek-projek inovasi pertanian, persekitaran, kesihatan dan pendidikan telah memberi kemanfaatan kepada seluruh negara. Wawasan baginda terhadap Sufficiency Economy adalah merupakan inspirasi global yang berpusatkan kepada rakyat dan pembangunan insan.
Buat mengakhiri perutusan baginda kepada Duli Yang Teramat Mulia Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn dan Perdana Menteri Thailand, Tuan Yang Terutama Jeneral (B) Prayut Chan-O-Cha, Kebawah Duli Yang Mulia berserta dengan kerabat baginda, kerajaan dan rakyat ingin menyampaikan ucapan takziah dan simpati yang amat mendalam kepada Duli Yang Teramat Mulia Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn dan ahli kerabat diraja serta kepada Perdana Menteri Thailand, Tuan Yang Terutama Jeneral (B) Prayut Chan-O-Cha dan kerajaan serta rakyat Thailand pada saat yang menyedihkan ini.


 Profesor Penyelidikan Ilmiah Kemahiran Hidup

Muar, Johor, Malaysia

Email: mrmaba45@gmail.com



ABSTRAK



Budaya keusahawanan adalah ekspresi sikap sosial yang positif terhadap perniagaan dan perlu disemai untuk memperkuat proses pembangunan insan dalam sektor perniagaan dan perusahaan. Satu kajian akan dilaksanakan untuk mengenalpasti pandangan belia terhadap aktiviti keusahawanan, mengenalpasti potensi, kompetensi, sikap, ciri dan aspirasi keusahawanan belia mengikut kumpulan etnik, mengenalpasti sumber dorongan belia dalam menceburi bidang keusahawanan dan mengenalpasti strategi memantapkan budaya keusahawanan di kalangan belia. Bagi mengkaji permasalahan ini, sebanyak empat persoalan kajian yang berkaitan telah dibentuk. Kaedah kuantitatif akan digunakan dengan menyediakan borang soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 40 responden belia dari golongan yang berbeza kerjaya dan kumpulan etnik.







Kata kunci: budaya keusahawanan belia



ABSTRACT



Entrepreneurial culture is the expression of positive social attitudes towards business and should be nurtured in order to strengthen the process of human development in the business sector and company. A study was conducted to determine the views of youth on entrepreneurial activities, identifying potential, competencies, attitudes, characteristics and aspirations of youth entrepreneurship by ethnic group, to identify the source of motivation in youth entrepreneurship and identify strategies to strengthen entrepreneurial culture among youth. To investigate this problem, four research questions that have been established. Quantitative methods will be used to prepare the questionnaire. The sample consisted of 40 respondents from the different youth career and ethnic groups.












Key words: youth entrepreneurship culture













                                                        PENDAHULUAN

                                                                       

Usaha melahirkan usahawan yang berjaya bukanlah suatu tugas yang mudah. Ia perlukan komitmen, dedikasi, ketegasan, dan amalan yang berterusan ke arah mempraktikkan roh keusahawanan dalam setiap urusan harian. Hal ini dikatakan sebagai pembudayaan keusahawanan. Budaya keusahawanan individu boleh diasuh dan dididik sehingga ia melekat seperti “aur dengan tebing”. (Kamarulzaman Ismail, Amaludin Ab. Rahman, 2009). Maka pembudayaan keusahawanan perlu dipupuk dan dimantapkan dalam jiwa belia supaya generasi ini akan dapat menggerakkan usaha ke arah mencapai taraf negara maju menjelang 2020.

Bidang keusahawanan merupakan satu bidang yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Masalah yang ingin dikaji ialah pemantapan budaya keusahawanan di kalangan belia. Secara khususnya kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti budaya keusahawanan yang sedia ada di kalangan usahawan di Malaysia dan memantapkan budaya keusahawanan di kalangan belia. Di dalam kajian ini juga, pengkaji beranggapan bahawa kategori, peringkat belia yang berbeza dan pembabitan secara terus atau tidak di dalam bidang keusahawanan akan memberi jawapan dan pendapat yang berbeza yang mana ini akan memberi satu hasil penyelidikan atau panduan yang baik mengenai kerjaya belia.

Kajian yang dijalankan ini merupakan satu usaha kecil dalam menyumbang kepada bidang ilmu keusahawanan dalam menerangkan fenomena yang membina kecenderungan kepada keusahawanan dan memantapkan budaya keusahawanan di kalangan belia. Cadangan yang dikemukakan adalah dari perspektif individu, iaitu tertumpu kepada belia dan pihak lain seperti sekolah, IPT dan kerajaan yang berkepentingan dalam hal-hal berkaitan pembangunan keusahawanan di Malaysia.

Persoalan yang timbul dalam kajian ini adalah apakah pandangan belia terhadap aktiviti keusahawanan? Apakah ciri-ciri keusahawanan yang ada dalam diri belia mengikut kumpulan etnik? Apakah faktor-faktor yang mendorong belia menceburi bidang perniagaan?Apakah strategi yang sesuai bagi memantapkan budaya keusahawanan di kalangan belia? Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pandangan belia terhadap aktiviti keusahawanan; potensi, sikap, ciri dan aspirasi keusahawanan belia mengikut kumpulan etnik; sumber dorongan belia dalam menceburi bidang keusahawanan; dan strategi memantapkan budaya keusahawanan di kalangan belia.










METODOLOGI



Tempat dan Masa Kajian



Kajian ini dijalankan di Tanjong Malim, Perak. Para responden adalah terdiri daripada individu yang berlainan latar belakang yang berbeza kerjaya dan kumpulan etnik.



Reka Bentuk Kajian



Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan deskriktif dengan menggunakan kaedah pengumpulan data menggunakan soal selidik. Kaedah ini digunakan kerana kos yang lebih murah dan masa yang diperlukan juga singkat. Selain itu, penyelidik juga boleh memperolehi data atau maklumat daripada bilangan responden yang lebih ramai dan cepat, responden boleh memilih tempat dan masa yang mereka mahukan. Di samping itu juga, soalan tertutup lebih mudah kerana keseragaman jawapan daripada responden dan ia lebih mudah untuk dianalisis.




Populasi dan Sampel Kajian



Dalam kajian ini, populasi kajian adalah golongan belia yang bekerja dan mahasiswa dari Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) Tanjong Malim, perak.  Saiz sampel bagi kajian ini adalah 40 orang responden yang dipilih secara rawak. Maka, jumlah keseluruhan responden dalam kajian ini ialah 40 orang belia di sekitar Tanjong Malim, Perak.



Instrumen Kajian



Sebelum soal selidik digunakan dalam kajian ini, kajian rintis telah dijalankan. Sebanyak 40 borang soal selidik akan diedarkan kepada para responden. Bahagian dalam set soal selidik ini dipecahkan kepada 5 bahagian iaitu maklumat peribadi, penilaian pandangan belia, penilaian kompetensi keusahawanan diri, penilaian sumber dorongan, dan penilaian strategi pemantapan budaya keusahawanan.



Prosedur Kajian



Kajian yang dijalankan ini melibatkan golongan belia yang bekerja dengan kerajaan atau bukan kerajaan dan mahasiswa dari Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai sampel. Responden akan diberi soalan yang terkandung dalam soal selidik dan mereka dikehendaki menjawab semua soalan.



Analisis Data dan Penulisan Laporan Kajian



Sumber data yang diperolehi dalam kajian ini terbahagi kepada dua sumber iaitu data primer dan maklumat sekunder. Data primer ialah data asal yang dikutip oleh penyelidik. Dalam kajian ini, data-data diperolehi melalui maklum balas daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada responden yang terpilih. Selain itu, sumber bagi data sekunder ini juga turut diperolehi daipada jurnal-jurnal, buku rujukan dan juga maklumat daripada laman web. Tempoh yang diberikan untuk memulangkan borang soal selidik adalah selama 3 hari. Hasil kajian itu kemudiannya dibuat jadual untuk memahami isi yang penting dan dianalisis.