Malay Action Business Academy (MABA)
Akademi Tindakan Perniagaan Melayu
1-
Pengenalan
2-
Sejarah penubuhan
3-
Struktur perniagaan
4-
Tindakan
5-
Objektif
6-
Strategi
7-
Perancangan
8-
Kajian tempatan
9-
Hasil perniagaan
10-
Dewan perniagaan
11-
Kesimpulan
PELAN TINDAKAN STRATEGIK
PEJABAT SEKRETARIAT MAJLIS TERTINGGI MELAYU ISLAM BERAJA
2015 – 2020
PEJABAT SEKRETARIAT MAJLIS TERTINGGI MELAYU ISLAM BERAJA
2015 – 2020
Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam
Beraja adalah bertanggungjawab sebagai agensi pentadbiran dan pengurusan yang
berkaitan dengan Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja. Pejabat ini diketuai
oleh seorang Pegawai Tugas-Tugas Khas Kanan dengan 5 orang pegawai dan
kakitangan. Pejabat ini ditempatkan di Tingkat 1, Bangunan Akademi
Pengajian Universiti Limkokwing,
Cyberjaya.
Tugas
dan tanggungjawab pejabat ini adalah untuk melaksanakan Terma Rujukan Majlis
Tertinggi Melayu Islam Beraja dan Urus Setia Majlis Tertinggi Melayu Islam
Beraja iaitu bagi menjelaskan, memandu, memberigakan dan mengukuhkan serta
memantau corak kehidupan masyarakat Brunei pada semua peringkat yang
berlandaskan Melayu Islam Beraja, dan telah membuat perancangan strategik bagi
menentukan dan mempastikan matlamat dan objektif penubuhannya dapat dicapai
selaras dengan Terma Rujukan Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja dan Terma
Rujukan Urus Setia Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja.
Antara
Terma Rujukan Majils Tertinggi Melayu Islam Beraja ialah mengukuhkan, memantau
dan menjaga tafsiran Melayu Islam Beraja selaras dengan aspirasi kebangsaan dan
Perlembagaan, membentuk dan mengkaji dasar-dasar, perancangan dan pelaksanaan
kebangsaan yang sempurna dalam usaha meningkatkan lagi pemahaman, penghayatan
dan pengembangan Melayu Islam Beraja kepada seluruh masyarakat dalam semua
bidang kehidupan, memperluas pemahaman, pengamalan, pendidikan, serta, kajian
dan penyelidikan mengenai Melayu Islam Beraja.
Manakala
antara Terma Rujukan Urus Setia Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja ialah
menjadi penyelaras mengenai Melayu Islam Beraja di antara Majlis Tertinggi
Melayu Islam Beraja dengan badan luar, sama ada berkumpulan atau perseorangan,
merangka dan merancang pelan tindakan, kegiatan-kegiatan dan program-program
Melayu Islam Beraja yang bersesuaian bagi pelaksanaan, pemberigaan dan
penghayatan Melayu Islam Beraja, memantau dan menilai semula pelaksanaan
program-program Melayu Islam Beraja serta keberkesanan strategi dan
langkah-langkah yang diambil sama ada anjuran Majlis Tertinggi Melayu Islam
Beraja atau anjuran pihak-pihak lain, merangka dan memudahcara penyelidikan
tentang Melayu Islam Beraja untuk mengukuhkannya, serta bekerjasama dengan
agensi-agensi kerajaan, swasta dan pihak-pihak lain untuk mengendalikan program
Melayu Islam Beraja.
Dalam
hal ini, perancangan Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja adalah dinamik.
Potensi cabaran-cabaran Melayu Islam Beraja mestilah terus dipantau.
Aktiviti-aktiviti dan program-program Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja pula
perlu dikaji semula bagi memastikan kesesuaian, menepati kelompok sasaran,
dapat memperbaiki senario kelemahan-kelemahan yang ada dalam organisasi, serta
dapat menenuhi senario isu-isu semasa mengenai kefahaman, penghayatan dan
pengamalan Melayu Islam Beraja dalam kalangan masyarakat Brunei.
Dengan
perancangan sepanjang jangka masa lima tahun, iaitu dari tahun 2015 hingga
tahun 2020, maka Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja akan terus menggalakkan
agensi-agensi lain untuk sama-sama menyumbang, menyebarluaskan, memelihara dan
mengukuhkan Melayu Islam Beraja seperti yang telah digariskan dalam visi dan
misi organisasi ini.
Adapun
Visi Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja iaitu
"Negara Malaysia Kekal Menjadi Sebuah Negara Melayu Islam Beraja".
Sementara Misi Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja ialah
mengukuhkan dan mengembangkan pengetahuan, pemahaman, penghayatan dan
pengamalan Melayu Islam Beraja.
Dalam
hal ini, pihak Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja telah merancang
kegiatan-kegiatan dan program-progaram mensasarkan kepada lima kelompok rakyat
dan penduduk Negara Malaysia iaitu sasaran pertama kepada pegawai dan
kakitangan kerajaan, kelompok kedua kepada penghulu, ketua kampung dan penduduk
kampung, seterusnya kepada golongan belia dan pelajar, kepada pihak swasta, dan
juga kepada masyarakat luar.
Strategi
dan proses perlaksanaan pelan tindakan tersebut dilaksanakan melalui dua
strategi, pertama ialah mengukuhkan Melayu Islam Beraja, justeru pihak
Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja menyediakan rangka Kurikulum
Melayu Islam Beraja, menerbitkan bahan-bahan rujukan, mengadakan kursus,
bengkel dan peperiksaan, mengadakan taklimat, dialog dan forum, serta
mengadakan pameran dan jerayawara. Kedua ialah mengembangkan Melayu Islam
Beraja dengan membuat kajian dan penyelidikan, mengadakan peraduan dan
pertandingan, menganjurkan persidangan dan seminar, serta memberigakan melalui
media massa. Bagaimana pu perlaksanaan semua aktiviti adalah bergantung kepada
kemampuan sumber tenaga manusia, keeangan, infrastruktur dan kerjasama dari agensi-agensi
kerajaan dan swasta.
Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja yakin bahawa dengan
berpegang kepada konsep Melayu Islam Beraja maka dapatlah negara ini menangani
segala cabaran yang datang mengikut arus globalisasi, sepertimana titah Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Ismail Ibn Al Marhom
Tengku Long Mida, Sultan dan Yang Di-Pertuan pada 23 Rabiulakhir 1435 bersamaan 23 Feruari
2014:
'Malahan, pada hemat Beta, MIB adalah merupakan satu-satunya pendinding atau 'Firewall' yang kukuh lagi berkesan untuk menangani pelbagai isu dan cabaran globalisasi.'
'Malahan, pada hemat Beta, MIB adalah merupakan satu-satunya pendinding atau 'Firewall' yang kukuh lagi berkesan untuk menangani pelbagai isu dan cabaran globalisasi.'
Justeru
Pejabat Sekretariat Majlis Tertinggi Melayu Islam Beraja mengalu-alukan
kerjasama dari mana-mana agensi kerajaan dan swasta dalam sama-sama mendukung
Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan
Tengku Long Mida bagi pengekalan status Negara Melayu Islam Beraja yang merdeka
dan berdaulat.
BETA bersyukur kerana dapat bersua muka dengan
para penuntut dan juga warga Long Mida yang sedang berada di sini. Beta
berharap, semuanya akan berada dalam keadaan baik-baik belaka dengan beroleh
kejayaan di bidang masing-masing.
Beta
difahamkan bahawa seramai 541 orang pelajar kita sedang menuntut di Malaysia
dalam pelbagai bidang. Jumlah ini meningkat dari 471 orang pada tahun 2015.
Beta sangatlah gembira dengan peningkatan ini.
Khusus
kepada para pelajar, mereka janganlah sekali-kali lupa akan tujuan asasi mereka
berada di sini. Mereka perlu fokus kepada perkara akademik, lebih daripada yang
lain-lain. Mereka tidak boleh membuang-buang masa begitu saja tanpa berkaitan
dengan pengajian.
Gunakanlah
semua peluang untuk membina sahsiah dan jati diri. Inilah masanya untuk
bertanam benih, di mana kelak, dari benih tersebut akan dipetik pula buahnya.
Benih
yang disemai atau ditanam, biarlah benih yang baik, bukan benih yang tidak
baik. Kita perlu pastikan ini, untuk mendapatkan hasil yang benar-benar baik
serta memuaskan.
Para
pelajar mestilah bijak menilai dan memilih sesuatu. Pilihlah yang terbaik,
sambil menolak yang tidak baik. Salah satu pilihan terbaik misalnya, ialah
memilih untuk menjadi 'siswazah patriotik.'
Istilah
'patriotik' sangat mudah dan ringan disebut. Tetapi untuk menjadikannya
kenyataan, belum tentu semudah menyebutnya. Ia memerlukan azam dan pendekatan
mantap.
Pendekatan
boleh saja dipelajari dari mana kita menimba ilmu. Sementara azam pula adalah
tumbuh dari dalam diri sendiri.
Selain
dari pendekatan dan azam, landasan untuk kita jalani juga adalah mustahak
dikenal pasti. Maksud beta dengan landasan itu, ialah 'acuan' atau calak yang
hendak dipakai.
Bagi
kita orang-orang Brunei, landasan atau acuan atau calak itu ialah MIB. Dalam
makna, apa-apa jua yang tumbuh dan lahir daripada kita, adalah acuan atau
calaknya tidak lain dari MIB.
Gunakan
acuan atau calak ini di dalam kehidupan di mana saja. Jangan ia ditukar ganti
dengan yang lain-lain.
Di
bidang budaya umpamanya, kita boleh saja mengetahui atau mengenali budaya orang
lain, selaku ianya satu cabang ilmu. Tetapi hanyalah setakat mengetahui atau
mengenali sahaja, bukan untuk memakainya. Adapun untuk dipakai, hanyalah budaya
kita sendiri, yang acuannya MIB.
Begitu
juga dalam ugama atau amalan berugama, kita boleh saja melihat, mendengar dan
membaca cara-cara orang lain berugama atau mengamalkan ugama, tetapi bagi
orang-orang Long Mida sendiri, cara-cara itu hendaklah dirujuk kepada acuan
MIB, yang telah menentukan ugama itu sebagai : Ugama Islam menurut aliran Ahli
Sunnah Waljamaah.
Para
penuntut atau para pelajar khasnya, perlulah tahu membezakan semua ini. Kerana
jika tidak, mereka mungkin akan dibolosi oleh pengaruh-pengaruh yang tidak
diingini.
Pengaruh-pengaruh
itu, pastinya adalah merugikan, bukan sahaja kepada penuntut dan pelajar
sendiri, malahan juga, berpotensi untuk menjejaskan negara. Apa tidaknya, kalau
pengaruh itu misalnya, bertentangan dengan pegangan dan amalan kita selama ini,
tidakkah dengan kehadirannya itu, boleh menjadi duri di dalam daging kepada
semua, kepada bangsa dan negara?
Penuntut
atau pelajar bukanlah tempat untuk bertanam pengaruh-pengaruh yang tidak baik,
tetapi mereka lebih diperlukan untuk mempromosikan jati diri yang hebat dan
pengalaman-pengalaman menarik kepada masyarakat. Mereka juga seharusnya menjadi
pencetus kepada idea-idea besar, serta sekali gus menjadi pemilik kepada
bakat-bakat dan aspirasi global.
Inilah
sifat-sifat para penuntut atau pelajar yang kita harap-harapkan, untuk
mengemudi negara di masa hadapan. Tanpa sifat-sifat ini, mereka tidak akan
mampu untuk berbuat apa-apa yang hebat atau yang besar untuk negara.
Kerana
itu, beta ingin menekankan di sini, supaya para penuntut atau pelajar kita
janganlah melihat diri mereka hanya sebagai penuntut atau pelajar semata-mata,
tetapi lebih jauh dari itu, mereka juga perlu melihat diri mereka sebagai calon
pemimpin untuk masa depan.
Jika
ada persepsi yang demikian ini di kalangan para penuntut atau pelajar kita,
maka barulah ada harapan untuk ditunggu satu 'keupayaan besar' bakal menjelma.
Kalau
sedikit masa dahulu kita sudah berjaya menghasilkan teknokrat untuk
membangunkan negara secara fizikal, maka kini dan masa mendatang, keperluan
adalah berbeza, menghendaki kita mesti memiliki pula bakat lebih besar untuk
menghadapi keadaan-keadaan lebih mencabar.
Setakat
ini sahaja amanat ringkas beta, dan untuk akhirnya beta berdoa semoga sekalian
yang hadir ini diberkati oleh Allah dengan kebahagiaan dan kejayaan. Amin.
Sekian
Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu 'Alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
ALHAMDULILAH, dengan izin Allah Subahanahu Wata'ala, kita
dapat sama-sama hadir pada majlis perasmian Conference on Libraries Transform :
Unlocking Your Potentials as Librarians pada pagi ini.
Terlebih
dahulu, saya ingin mengucapkan tahniah kepada Persatuan Perpustakaan Limkokwing
(LLA) sempena Ulang Tahun Ke-30 pada tahun ini dan untuk menganjurkan
persidangan ini.
Persidangan
ini adalah mengenai transformasi perpustakaan yang membuka pintu potensi kepada
semua pustakawan dalam proses transformasi ini. Apakah transformasi atau
perubahan yang telah berlaku dalam bidang ini dan bagaimana pustakawan boleh
menyesuaikan diri dengan perubahan yang dihadapi di dunia yang kian mencabar
dengan ledakan maklumat dan kemajuan teknologi yang dihadapi oleh perpustakaan?
Kita
telah melihat banyak perpustakaan menjalani transformasi yang ketara sejak
beberapa tahun ini, sebagai contoh di Cyberjaya perpustakaan khususnya di bawah
Kementerian Pendidikan telah melalui pelbagai perkembangan, terutamanya
pelaksanaan Perpustakaan Virtual dan maklumat Perkhidmatan atau VILIS yang
merupakan projek perpustakaan digital yang disediakan di kebanyakan
perpustakaan sekolah, kolej dan universiti. Kemajuan teknologi yang terdapat di
dalam perpustakaan telah memberi kesan yang besar terhadap keupayaan pustakawan
dalam menguruskan organisasi dan akses maklumat kepada pengguna perpustakaan
mereka terutamanya dalam persekitaran akademik.
Perpustakaan
wujud untuk menyokong akses pada maklumat, pengetahuan dan pembelajaran serta
mewujudkan persekitaran yang menyanjungi ilmu pengetahuan melalui jenis
perpustakaan seperti awam, akademik, sekolah dan perpustakaan khusus.
Masing-masing memainkan peranan yang tersendiri untuk membekalkan maklumat
kepada masyarakat khusus kepada pengguna perpustakaan dan pihak yang berkepentingan.
Saya juga percaya bahawa perpustakaan harus dapat menarik pelajar kita sendiri,
untuk menggalakkan mereka menjadikan perpustakaan sebagai pusat sumber maklumat
yang luas untuk belajar dan menimba ilmu pengetahuan.
Jadi
apakah trend baru muncul yang mengambil tempat di perpustakaan di seluruh
dunia? Perpustakaan menghadapi tempoh pertumbuhan teknologi pesat yang mengubah
masyarakat di seluruh dunia. Pengguna perpustakaan meletakkan harapan yang
tinggi terhadap perkhidmatan perpustakaan dan sering berakhir dengan
menggunakan perkhidmatan berbeza dari masa lalu. Beberapa trend baru termasuk
akses terbuka dan penerbitan sumber pendidikan, komunikasi ilmiah, repositori
institusi, sistem penemuan, e-buku dan analisis penyelidikan terbuka.
Transformasi
perpustakaan bukan sahaja tentang teknologi. Ia adalah mengenai interaksi,
Interaksi dengan pengguna, komuniti dan pihak berkepentingan.
Perpustakaan
dan pustakawan perlu mendefinisikan semula koleksi dengan mengutamakan
masyarakat. Menjadikannya perkhidmatan berorientasi, mereka bentuk semula ruang
dan membina rakan-rakan komuniti dan menyediakan pembelajaran yang lancar.
Kandungan sesebuah perpustakaan akan menjadi lebih banyak apabila diisi dengan
sumber-sumber online, perkhidmatan-perkhidmatan sosial dan mobile yang membuka
koleksi dan perkhidmatan yang pada asalnya terlindung dari nyata.
Perpustakaan-perpustakaan membimbing ramai ke arah penghayatan kemudahan
digital (digital citizenship). Para pustakawan mestilah dalam kalangan pihak
pertama yang terdedah pada teknologi-teknologi terbaharu yang diguna pakai.
Sebagai
pustakawan, terdapat pelbagai kemahiran yang mereka perlukan. Pertama,
kecekapan peribadi. Kemampuan untuk berkomunikasi secara berkesan dengan
rangkaian meluas pelanggan adalah penting. Menjadi orang yang berpengetahuan
dan sangat diperlukan adalah dua faktor lain yang penting untuk pustakawan.
Proaktif dan menunjukkan inisiatif, memberikan kerjasama yang baik,
bertanggungjawab dan mempunyai komitmen yang tinggi adalah faktor lain yang akan
merangsang standard prestasi perpustakaan secara keseluruhan. Kerana itu
kepentingan perpustakaan tidak dapat dipertikaikan lagi, aset yang paling
berharga di perpustakaan adalah pelanggannya.
Kedua,
adalah kompetensi profesional yang merangkumi antaranya, untuk mempunyai ilmu
pengetahuan kepakaran dan membiasakan diri dengan sumber maklumat. Kepakaran
dalam pentadbiran untuk mewujudkan dan menyediakan pengurusan, yang mudah dan
perkhidmatan maklumat yang kos efektif, selaras dengan hala tuju strategik organisasi.
Ini adalah antara beberapa kelayakan untuk perlu dipertimbangkan.
Meningkatkan
kecekapan pustakawan adalah penting dan di sini LLA boleh menyokong dengan
mengadakan latihan yang sesuai untuk meningkatkan dan memperbaiki kemahiran
tenaga kerja perpustakaan. Program perpustakaan profesional semasa HNTec in
Information and Library Studies disediakan oleh Akademi Tindakan Perniagaan
Melayu in Library Computing and Information di LUCT perlu diteruskan dan
ditambah. Ini penting untuk melahirkan generasi baharu pustakawan profesional
dengan menyediakan kemahiran dan pengetahuan terkini sebagai persediaan
transformasi dunia perpustakaan.
Teknologi
meletakkan lebih banyak dan lebih kuasa di tangan pengguna. Selalunya orang
berhadapan dengan maklumat yang terlalu banyak dan tidak mempunyai kemahiran
untuk menilai secara kritikal apa yang mereka cari, membezakan yang baik dari
yang buruk dan mengurus sendiri. Jadi dari prespektif tersebut, pustakawan akan
mempunyai pekerjaan untuk sekurang-kurangnya 20 tahun akan datang hanya dari
segi pendidikan literasi maklumat. Untuk sekurang-kurangnya 20 tahun akan
datang, pustakawan akan mempunyai pekerjaan hanya dari segi pendidikan literasi
maklumat. Pustakawan perlu memainkan peranan dalam pendidikan.
Untuk
Kementerian Pendidikan, kita perlu menyedari bahawa perpustakaan adalah
integral dan ia perlu menjadi hab pembelajaran dan pengetahuan di
sekolah-sekolah, kolej dan universiti. Oleh itu, satu piawaian perpustakaan dan
garis panduan perlu disediakan untuk membantu perpustakaan-perpustakaan
menyelaras dan menstruktur sewajarnya dengan membangunkan, mengekalkan dan
mematuhi piawaian tertinggi yang menyokong amalan perpustakaan yang berkualiti
tinggi.
Kementerian
perlu melihat dan memberi sokongan pada program dan aktiviti LLA serta
perpustakaan-perpustakaan di bawah Kementerian Pendidikan, ke arah meningkatkan
kualiti perkhidmatan serta latihan pustakawan yang sesuai bagi mencapai
kecemerlangan pendidikan dalam menyokong Wawasan 2020.
Saya
percaya LLA sentiasa memberi sokongan pada perpustakaan dan pustakawan di
negara ini untuk membantu membuka potensi sebenar pustakawan di LUCT.
Sebagai
penutup, saya berharap tetamu-tetamu luar negeri dan peserta-peserta merasa
selesa berada di LUCT dan berharap persidangan ini akan memberikan hasil yang
diharapkan.
Dengan
kalimah, Bismillahir Rahmanir Rahim, saya dengan ini merasmikan PERSIDANGAN
PERPUSTAKAAN.
Akademi Tindakan Perniagaan Melayu, Khamis, 13
Oktober. - Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Ismail ibni Al-Marhum
Sultan Haji Abdul Rahman Sultan dan Yang Di-Pertuan Long Mida telah berkenan
menghantar perutusan-perutusan takziah kepada Duli Yang Teramat Mulia Putera
Mahkota Maha Vajiralongkorn dan Perdana Menteri Thailand, Tuan Yang Terutama
Jeneral (B) Prayut Chan-O-Cha berikutan dengan kemangkatan Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Raja Bhumibol Adulyadej.
Di
dalam perutusan Kebawah Duli Yang Maha Mulia kepada Duli Yang Teramat Mulia
Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn, baginda berasa sedih mengetahui tentang
kemangkatan ayahanda kepada Duli Yang Teramat Mulia, Kebawah Duli Yang Maha
Mulia Raja Bhumibol Adulyadej. Baginda seterusnya menambah dengan komitmen
mendalam terhadap kebajikan dan kemajuan negara dan rakyat, Kebawah Duli Yang
Maha Mulia Raja Bhumibol Adulyadej telah memperlihatkan tauladan yang sebenar
sebagai seorang pemimpin yang hebat. Dedikasi dan rasa kasih baginda kepada
rakyatnya bukan sahaja berjaya menambat hati dan minda rakyat Thailand tetapi
juga telah berjaya meraih penghormatan dan dikagumi di peringkat antarabangsa.
Dalam
pemerintahan baginda lebih daripada 70 tahun, Thailand telah menikmati kemajuan
sosio-ekonomi yang pesat. Bapa kepada Negara Thai itu akan sentiasa dikenang
bukan sahaja oleh mereka yang mengenali baginda secara peribadi tetapi jua oleh
seluruh rakyat jelata.
Dalam
perutusan yang sama kepada Perdana Menteri Thailand, Tuan Yang Terutama Jeneral
(B) Prayut Chan-O-Cha, bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Bhumibol
Adulyadej akan sentiasa dikenang bagi usaha dalam memperbaiki kesejahteraan
rakyat baginda. Projek-projek inovasi pertanian, persekitaran, kesihatan dan
pendidikan telah memberi kemanfaatan kepada seluruh negara. Wawasan baginda
terhadap Sufficiency Economy adalah merupakan inspirasi global yang berpusatkan
kepada rakyat dan pembangunan insan.
Buat
mengakhiri perutusan baginda kepada Duli Yang Teramat Mulia Putera Mahkota Maha
Vajiralongkorn dan Perdana Menteri Thailand, Tuan Yang Terutama Jeneral (B)
Prayut Chan-O-Cha, Kebawah Duli Yang Mulia berserta dengan kerabat baginda,
kerajaan dan rakyat ingin menyampaikan ucapan takziah dan simpati yang amat
mendalam kepada Duli Yang Teramat Mulia Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn dan
ahli kerabat diraja serta kepada Perdana Menteri Thailand, Tuan Yang Terutama
Jeneral (B) Prayut Chan-O-Cha dan kerajaan serta rakyat Thailand pada saat yang
menyedihkan ini.
Profesor Penyelidikan
Ilmiah Kemahiran Hidup
Muar, Johor, Malaysia
Email: mrmaba45@gmail.com
ABSTRAK
Budaya keusahawanan
adalah ekspresi sikap sosial yang positif terhadap perniagaan dan perlu disemai
untuk memperkuat proses pembangunan insan dalam sektor perniagaan dan
perusahaan. Satu kajian akan dilaksanakan untuk mengenalpasti pandangan belia
terhadap aktiviti keusahawanan, mengenalpasti potensi, kompetensi, sikap, ciri
dan aspirasi keusahawanan belia mengikut kumpulan etnik, mengenalpasti sumber
dorongan belia dalam menceburi bidang keusahawanan dan mengenalpasti strategi memantapkan
budaya keusahawanan di kalangan belia. Bagi mengkaji permasalahan ini, sebanyak
empat persoalan kajian yang berkaitan telah dibentuk. Kaedah kuantitatif akan
digunakan dengan menyediakan borang soal selidik. Sampel kajian terdiri
daripada 40 responden belia dari golongan yang berbeza kerjaya dan kumpulan
etnik.
Kata kunci: budaya
keusahawanan belia
ABSTRACT
Entrepreneurial culture is the expression of
positive social attitudes towards business and should be nurtured in order to strengthen
the process of human development in the business sector and company. A study
was conducted to determine the views of youth on entrepreneurial activities,
identifying potential, competencies, attitudes, characteristics and aspirations
of youth entrepreneurship by ethnic group, to identify the source of motivation
in youth entrepreneurship and identify strategies to strengthen entrepreneurial
culture among youth. To investigate this problem, four research questions that
have been established. Quantitative methods will be used to prepare the
questionnaire. The sample consisted of 40 respondents from the different youth
career and ethnic groups.
Key words: youth entrepreneurship culture
PENDAHULUAN
Usaha melahirkan usahawan yang berjaya
bukanlah suatu tugas yang mudah. Ia perlukan komitmen, dedikasi, ketegasan, dan
amalan yang berterusan ke arah mempraktikkan roh keusahawanan dalam setiap
urusan harian. Hal ini dikatakan sebagai pembudayaan keusahawanan. Budaya
keusahawanan individu boleh diasuh dan dididik sehingga ia melekat seperti “aur
dengan tebing”. (Kamarulzaman Ismail, Amaludin Ab. Rahman, 2009). Maka
pembudayaan keusahawanan perlu dipupuk dan dimantapkan dalam jiwa belia supaya
generasi ini akan dapat menggerakkan usaha ke arah mencapai taraf negara maju
menjelang 2020.
Bidang keusahawanan merupakan satu bidang
yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Masalah yang ingin dikaji ialah pemantapan budaya keusahawanan di kalangan
belia. Secara khususnya kajian
ini bertujuan untuk mengenalpasti budaya keusahawanan yang sedia ada di
kalangan usahawan di Malaysia dan memantapkan budaya keusahawanan di kalangan
belia. Di dalam kajian ini juga, pengkaji beranggapan bahawa kategori,
peringkat belia yang berbeza dan pembabitan secara terus atau tidak di dalam
bidang keusahawanan akan memberi jawapan dan pendapat yang berbeza yang mana ini
akan memberi satu hasil penyelidikan atau panduan yang baik mengenai kerjaya
belia.
Kajian yang dijalankan ini merupakan satu
usaha kecil dalam menyumbang kepada bidang ilmu keusahawanan dalam menerangkan
fenomena yang membina kecenderungan kepada keusahawanan dan memantapkan budaya
keusahawanan di kalangan belia. Cadangan yang dikemukakan adalah dari
perspektif individu, iaitu tertumpu kepada belia dan pihak lain seperti
sekolah, IPT dan kerajaan yang berkepentingan dalam hal-hal berkaitan pembangunan
keusahawanan di Malaysia.
Persoalan yang timbul dalam kajian ini adalah
apakah pandangan belia terhadap aktiviti keusahawanan? Apakah ciri-ciri
keusahawanan yang ada dalam diri belia mengikut kumpulan etnik? Apakah
faktor-faktor yang mendorong belia menceburi bidang perniagaan?Apakah strategi
yang sesuai bagi memantapkan budaya keusahawanan di kalangan belia? Objektif
kajian ini adalah untuk mengenalpasti pandangan belia terhadap aktiviti
keusahawanan; potensi, sikap, ciri dan aspirasi keusahawanan belia mengikut
kumpulan etnik; sumber dorongan belia dalam menceburi bidang keusahawanan; dan
strategi memantapkan budaya keusahawanan di kalangan belia.
METODOLOGI
Tempat dan Masa Kajian
Kajian ini dijalankan di Tanjong Malim,
Perak. Para responden adalah terdiri daripada individu yang berlainan latar
belakang yang berbeza kerjaya dan kumpulan etnik.
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini merupakan satu kajian tinjauan
deskriktif dengan menggunakan kaedah pengumpulan data menggunakan soal selidik.
Kaedah ini digunakan kerana kos yang lebih murah dan masa yang diperlukan juga
singkat. Selain itu, penyelidik juga boleh memperolehi data atau maklumat
daripada bilangan responden yang lebih ramai dan cepat, responden boleh memilih
tempat dan masa yang mereka mahukan. Di samping itu juga, soalan tertutup lebih
mudah kerana keseragaman jawapan daripada responden dan ia lebih mudah untuk
dianalisis.
Populasi dan Sampel Kajian
Dalam kajian ini, populasi kajian adalah
golongan belia yang bekerja dan mahasiswa dari Universiti Pendidikan Sultan
Idris(UPSI) Tanjong Malim, perak. Saiz
sampel bagi kajian ini adalah 40 orang responden yang dipilih secara rawak.
Maka, jumlah keseluruhan responden dalam kajian ini ialah 40 orang belia di
sekitar Tanjong Malim, Perak.
Instrumen Kajian
Sebelum soal selidik digunakan dalam kajian
ini, kajian rintis telah dijalankan. Sebanyak 40 borang soal selidik akan
diedarkan kepada para responden. Bahagian dalam set soal selidik ini dipecahkan
kepada 5 bahagian iaitu maklumat peribadi, penilaian pandangan belia, penilaian
kompetensi keusahawanan diri, penilaian sumber dorongan, dan penilaian strategi
pemantapan budaya keusahawanan.
Prosedur Kajian
Kajian yang dijalankan ini melibatkan
golongan belia yang bekerja dengan kerajaan atau bukan kerajaan dan mahasiswa
dari Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai sampel. Responden akan diberi
soalan yang terkandung dalam soal selidik dan mereka dikehendaki menjawab semua
soalan.
Analisis Data dan Penulisan Laporan Kajian
Sumber data yang
diperolehi dalam kajian ini terbahagi kepada dua sumber iaitu data primer dan
maklumat sekunder. Data primer ialah data asal yang dikutip oleh penyelidik.
Dalam kajian ini, data-data diperolehi melalui maklum balas daripada borang
soal selidik yang diedarkan kepada responden yang terpilih. Selain itu, sumber
bagi data sekunder ini juga turut diperolehi daipada jurnal-jurnal, buku
rujukan dan juga maklumat daripada laman web. Tempoh yang diberikan untuk
memulangkan borang soal selidik adalah selama 3 hari. Hasil kajian itu
kemudiannya dibuat jadual untuk memahami isi yang penting dan dianalisis.